Tuesday, 1 May 2012

Jemputan Ke Majlis Kenduri Perkahwinan

En Abdul Razak  Mustafa; Pn Zahrah Othman; Pn  Ramlah  Ibrahim

&  seisi keluarga


dengan segala hormatnya  menjemput Tuan/Puan & keluarga  ke 
Majlis kenduri  perkahwinan  puteri kami

                    Siti Nurul Ain bte Abdul Razak                      


dengan

Saiful Fikri bin Salleh

 pada

  27 Mei 2012/ 6 Rejab 1433 H

di
  Lot 1907. Kg Lendu Tengah, Alor Gajah, Melaka
             Jalan Lendu-Rembia  - Tiang letrik AGPR nombor  20


( camkan  betul betul rumah ni sebab hari  tu ada 2 lagi kenduri  berdekatan! )
( senang je... ada  2 rumpun pokok buluh kuning emas kat tepi pagar tu.. )

            a) 1.5 km dari Kampus  UITM 
            b) 8 km dari Pekan Alor Gajah
            c) 9 km dari Pekan Masjid Tanah
            d) 23 km dari Bandar Melaka
            e) Beribu-ribu km dari  New York

             Koordinat GPS : N 02  21.326'; E 102 10.425'

Aturcara Majlis :

Jamuan : 11.00 pg - 4.00 ptg
( Lambat  pun tak pe, kalau lauk habis, ada  stock emergency Maggie & Indo mee.....)

Warna Tema : Ungu ( ni warna pilihan pengantin daa..)
Pada hari tu, kalau tengok pakai pakaian purple sedondon, keluarga terdekat pengantin
dan yang sewaktu dengannya  la tu..
Kalau ada apa apa masalah hari tu cuba cubalah rapat dengan yg  pakai warna ungu tu..

Kepada yang ingin menyampaikan ucapan sila  buat posting  pada  tajuk  "Ucapan Utk Pengantin". Boleh minta lagu iringan  kalau nak, e-mail kan je  file nya. Lagu tu preferably  yang jenis  easy listening. Insya Allah lagu dan ucapan iringan  akan disiarkan  oleh  DJ Abang J dari KLFM ( Kg Lendu  FM ... ha ha ha )


P.S: Lagu  ganas/ garang/ rock  tak digalakkan. Karang  ramai yang  tercekik ketika  makan nanti. Pihak kami tak dapat nak sediakan  perkhidmatan "Pertolongan Cemas"  sebab  hari tu je seluruh Melaka ramai yang buat kenduri kahwin jugak........... Ambulan tak cukup, drebarnya pun tak cukup, sebab ramai pegi kenduri....

No comments:

Post a Comment