Tuesday 1 May 2012

Ucapan Untuk Pengantin

Sudi sudikan  membuat ucapan untuk pengantin ke, keluarga pengantin ke  di sini. Kalau nak diputarkan lagu boleh juga diusahakan. Nak senang kirimkan file mp3 lagu tu ke  justx007@yahoo.com. Insya Allah lagu dan ucapan akan disiarkan  oleh  DJ radio KLFM ( Kg Lendu FM!), Abang J;  pada hari itu, bermula  jam 9.30 pagi. Lagu santai/ easy listening lah kalau boleh. Lagu rock-rock kang,  takut  tetamu tengah makan jadi tercekik pulak!

Info Bakal Pengantin














Nama : Siti Nurul Ain bte Abdul Razak
           ( anak mak ke -3 dari  5; anak  abah ke-3 dari 9 .......Camno tu? 
             U fikirlah  sendiri.....ha ha ha!)


Tarikh Lahir  : 4 June 1987
Tempat Kelahiran : Wad 10, Hospital Daerah Kuala  Pilah, N Sembilan
Pendidikan :  a) Tadika  KEMAS,  Kuala  Pilah, N Sembilan
                   b) Sek Keb Seri Laksamana, Masjid  Tanah, Melaka ( 1994 - 1996 )
                   c) Sek. Keb Anchi, Miri, Sarawak ( 1997- 1999 )
                   d) Sek Men Agama, Miri, Sarawak
                   e) Maktab Perguruan Batu Lintang (TESL), Sarawak
                   f) Univ Kebangsaan Malaysia, Bangi (TESL)

Profession :  Pendidik di  Sekolah Tinggi Melaka ( baru 3 bulan...)














Nama          : Saiful Fikri bin Salleh
Tarikh Lahir :  24. Mei 1987
Asal             :  Bintulu,  Sarawak
Pendidikan :  a) Sek Keb  Luak, Miri, Sarawak
                   b) Sek Men Agama, Miri, Sarawak
                        ( Komen  Mr X :  Oooooo.. engkorang  masa kat sekolah ni dulu
                                                dah  ber....... eh??!!
)
                   c) Politeknik  Kucing, Sarawak
                   d) Instep (PETRONAS),  Terengganu
            
Profession :  Technician Asian Bintulu Fertilizer (ABF), Bintulu  Sarawak.
                        ( Komen  Mr X : ..... Oooooo.. lepas nikah nanti Nurul  kena  mintak
                                                       tukar  Sarawak lah ye?
)

Jemputan Ke Majlis Kenduri Perkahwinan

En Abdul Razak  Mustafa; Pn Zahrah Othman; Pn  Ramlah  Ibrahim

&  seisi keluarga


dengan segala hormatnya  menjemput Tuan/Puan & keluarga  ke 
Majlis kenduri  perkahwinan  puteri kami

                    Siti Nurul Ain bte Abdul Razak                      


dengan

Saiful Fikri bin Salleh

 pada

  27 Mei 2012/ 6 Rejab 1433 H

di
  Lot 1907. Kg Lendu Tengah, Alor Gajah, Melaka
             Jalan Lendu-Rembia  - Tiang letrik AGPR nombor  20


( camkan  betul betul rumah ni sebab hari  tu ada 2 lagi kenduri  berdekatan! )
( senang je... ada  2 rumpun pokok buluh kuning emas kat tepi pagar tu.. )

            a) 1.5 km dari Kampus  UITM 
            b) 8 km dari Pekan Alor Gajah
            c) 9 km dari Pekan Masjid Tanah
            d) 23 km dari Bandar Melaka
            e) Beribu-ribu km dari  New York

             Koordinat GPS : N 02  21.326'; E 102 10.425'

Aturcara Majlis :

Jamuan : 11.00 pg - 4.00 ptg
( Lambat  pun tak pe, kalau lauk habis, ada  stock emergency Maggie & Indo mee.....)

Warna Tema : Ungu ( ni warna pilihan pengantin daa..)
Pada hari tu, kalau tengok pakai pakaian purple sedondon, keluarga terdekat pengantin
dan yang sewaktu dengannya  la tu..
Kalau ada apa apa masalah hari tu cuba cubalah rapat dengan yg  pakai warna ungu tu..

Kepada yang ingin menyampaikan ucapan sila  buat posting  pada  tajuk  "Ucapan Utk Pengantin". Boleh minta lagu iringan  kalau nak, e-mail kan je  file nya. Lagu tu preferably  yang jenis  easy listening. Insya Allah lagu dan ucapan iringan  akan disiarkan  oleh  DJ Abang J dari KLFM ( Kg Lendu  FM ... ha ha ha )


P.S: Lagu  ganas/ garang/ rock  tak digalakkan. Karang  ramai yang  tercekik ketika  makan nanti. Pihak kami tak dapat nak sediakan  perkhidmatan "Pertolongan Cemas"  sebab  hari tu je seluruh Melaka ramai yang buat kenduri kahwin jugak........... Ambulan tak cukup, drebarnya pun tak cukup, sebab ramai pegi kenduri....